Kehidupan awal dan pendidikan Michel_Temer

Temer dilahirkan di Tietê, São Paulo. Beliau merupakan anak lelaki kepada imigran Maronite Lubnan, Nakhoul "Miguel" Elias Temer Lulia dan March Barbar Lulia yang berhijrah ke Brazil pada tahun 1925.[1][2] Ibu bapa beliau bersama tiga adik-beradiknya berhijrah ke Brazil dari Btaaboura di utara Lubnan, untuk melarikan diri dari ketidakstabilan akibat Perang Dunia Pertama. Di Brazil, ibu-bapa beliau mempunyai lima lagi anak dan Temer merupakan yang paling bongsu. Temer tidak fasih berbahasa Arab tetapi boleh memahami subjek perbualan dalam bahasa tersebut. Temer beragama Roman Katolik.[3]

Temer memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti São Paulo dan doktor falsafah dari Universiti Katolik Pontifical São Paulo. Beliau berkhidmat sebagai pendakwa raya negeri dan dua kali sebagai Setiausaha Negara bagi Keselamatan Awam. Beliau adalah seorang profesor undang-undang Perlembagaan yang berlesen di PUC-SP dan telah mengarang beberapa buah buku mengenai subjek ini.

Rujukan

WikiPedia: Michel_Temer http://www1.folha.uol.com.br/poder/2016/05/1769102... http://www1.folha.uol.com.br/poder/823630-lider-do... http://www2.planalto.gov.br/vice-presidente/biogra... http://www.presidencia.gov.br/vice-presidente http://brasil.elpais.com/brasil/2015/04/10/opinion... http://www.executive-magazine.com/business-finance... http://www.dailystar.com.lb/News/Lebanon-News/2015... http://www.webcitation.org/6hQeyPEFD http://www.webcitation.org/6hQfoYPC9 https://web.archive.org/web/20110109025720/http://...